Berita Pelancongan

Kerajaan salur RM12.23 juta untuk program Celik MADANI, Dharma MADANI

Jul 16, 2026 IDOPRESS

Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia,Sutekno Ahmad Belon (di tengah berkemeja putih) / Foto RTM

PUTRAJAYA,15 Julai – Kerajaan menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) memperuntukkan sebanyak RM12.23 juta bagi tujuan pelaksanaan program Bantuan Subsidi Pendidikan Awal Celik MADANI 2026 Siri 2 dan program Dharma MADANI Siri 3.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau yang membacakan teks ucapan Menteri Sumber Manusia pada majlis perasmian kedua-dua program berkenaan di sini,hari ini.

Pada majlis itu,seramai 120 wakil rumah ibadat Hindu dan 117 pengusaha tadika menerima surat kelulusan program selepas sesi penyerahan pertama dilaksanakan pada 7 Julai lalu.

Tambah beliau,dengan peruntukan yang disalurkan itu sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan komuniti India melalui pendidikan,pembangunan modal insan,dan pemerkasaan institusi masyarakat.