Berita Pelancongan

Kuwait pintas serangan peluru berpandu, dron

Jul 10, 2026 IDOPRESS

Gambar hiasan

KUWAIT,9 Julai – Kuwait mengesahkan sistem pertahanan udaranya berjaya memintas beberapa serangan peluru berpandu dan dron.

RINGKASAN BERITA AI

Dalam kenyataan menerusi platform X,pihak tentera memaklumkan bunyi letupan yang didengari penduduk berpunca daripada operasi sistem pertahanan udara memintas serangan berkenaan.

Bagaimanapun,pihak tentera tidak mendedahkan pihak yang melancarkan serangan itu mahupun jumlah peluru berpandu dan dron yang dipintas.

Insiden itu berlaku ketika ketegangan di Asia Barat terus memuncak susulan konflik melibatkan Iran,Israel dan Amerika Syarikat. -AFP