Berita Pelancongan

10 maut, tiga hilang dalam tragedi tanah runtuh berlumpur

Jul 9, 2026 IDOPRESS

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan membabitkan kira-kira 150 anggota. Foto/AFP

ZAMORA CHINCHIPE,8 JULAI – Sekurang-kurangnya 10 orang maut,manakala tiga lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh berlumpur yang menimbus kawasan kejiranan Cantzama di selatan Ecuador pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI

Sekretariat Pengurusan Risiko Kebangsaan memaklumkan kira-kira 50 rumah rosak atau musnah,manakala sekitar 300 penduduk terjejas akibat bencana itu.

Media tempatan melaporkan,pihak berkuasa mengaitkan punca kejadian dengan limpahan Sungai Zamora,namun penduduk mendakwa kejadian berpunca daripada Sungai Cantzama yang melimpah.