Berita Pelancongan

AS, Iran adakan rundingan teknikal peringkat rendah di Doha

Jul 1, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

DOHA,1 Julai – Para pegawai Iran dan Amerika Syarikat (AS) dijadual mengadakan rundingan teknikal peringkat rendah untuk membincangkan perjanjian bagi menamatkan perang Asia Barat secara kekal di Doha pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI

Satu sumber diplomat mengesahkan rundingan tersebut akan diadakan bersama-sama Pakistan dan Qatar sebagai pengantara.

“Rundingan diadakan bagi membincangkan Memorandum Persefahaman (MoU),selain meneliti kemajuan yang dicapai dalam Sidang Kemuncak Lake Lucerne,” katanya.

Diplomat itu turut memaklumkan bahawa utusan AS,Jared Kushner dan Steve Witkoff tidak akan menyertai rundingan teknikal berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar,Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada Selasa. — AFP