
Semua pihak disaran menghayati setiap prinsip rukun negara
KUALA LUMPUR,1 Jun – Perpaduan kekal,menjadi asas utama kekuatan Malaysia,yang perlu terus dipelihara,bertujuan menjamin kestabilan,keharmonian serta kemajuan negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Elakkan provokasi dan pertikaian mengenai isu sensitif yang berkaitan dengan raja,bangsa dan agama,kerana ia boleh menimbulkan kemarahan rakyat. Jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelanga,”titah Baginda.
Menyentuh perkembangan media sosial pula,Sultan Ibrahim turut menzahirkan kebimbangan terhadap penyebaran maklumat palsu dan penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI),termasuk kandungan deepfake yang menggunakan suara serta imej tiruan bagi mengelirukan masyarakat.
Baginda turut merakamkan ucapan tahniah kepada penerima darjah dan pingat Persekutuan tahun ini serta mengingatkan agar anugerah yang diterima dijadikan dorongan untuk terus berbakti kepada agama,bangsa dan negara.
Mengakhiri titah,Baginda dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan penghargaan atas doa serta sokongan rakyat,sambil mendoakan Malaysia terus dilimpahi keamanan,kemakmuran dan perpaduan.