Rizab antarabangsa BNM kekal pada AS$124.1 bilion, setakat 28 November

Dec 8, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR,6 Disember- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$124.1 bilion,setakat 28 November 2025.

Jumlah itu kekal daripada nilai rizab antarabangsa setakat 14 November lalu.

BNM dalam kenyataan berkata,paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

''Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$109.8 bilion,rizab Tabung Kewangan Antarabangsa berjumlah AS$1.3 bilion dan hak pengeluaran khas sebanyak AS$5.9 bilion dolar,'' jelas BNM.

'Selain itu,emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$4.8 bilion dan AS$2.3 bilion.