Draf Akta Koperasi baharu di peringkat akhir

Dec 8, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Akta baharu selaras keperluan serta perkembangan semasa sektor koperasi / Foto RTM

PUTRAJAYA,8 Disember - Draf Akta Koperasi baharu yang akan menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502),berada di peringkat akhir yang dijangka dibentangkan ke mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat.

Pemangku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan,keperluan penggubalan undang-undang baharu itu penting selaras dengan keperluan serta perkembangan semasa sektor koperasi.

"Akta baharu itu dijangka mewujudkan koperasi yang lebih responsif dan dinamik,memudahkan urusan perniagaan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat,"katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi taklimat bersama pengurusan tertinggi KUSKOP di sini.

Dalam pada masa sama,beliau memberitahu,semua perancangan KUSKOP untuk tahun depan,akan dilaksana mengikut hala tuju yang ditetapkan termasuk pelbagai inisiatif memperkukuh pembangunan usahawan di seluruh negara.