72 projek diselaras MIB, perkukuh sektor industri Melaka

Dec 3, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Ketua Menteri (CMIEA) 2025

BANDA HILIR,3 Disember - Sebanyak 72 projek berjaya diselaraskan di Melaka setakat Oktober lalu melalui pelaksanaan Melaka Industrial Booster (MIB).


Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,iIa sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai destinasi pelaburan mesra industri.

MIB menghimpunkan 29 agensi bagi mempercepat proses kelulusan pembangunan industri dan menyediakan sokongan langsung kepada syarikat yang ingin melabur di negeri tersebut.

"Untuk memastikan pemain industri tidak perlu menunggu terlalu lama akibat proses birokrasi,kerajaan Melaka tmenubuhkan Melaka Industrial Booster (MIB). Melalui inisiatif ini,sebanyak 72 syarikat telah berjaya memanfaatkannya bagi mempercepatkan pelbagai proses di negeri Melaka,termasuk urusan pemindahan tanah,pemilikan,serta permulaan kerja.

"Segala prosedur yang berkaitan telah dapat diselaraskan dan dipermudahkan dengan lebih berkesan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Ketua Menteri (CMIEA) 2025 di sini.


Beliau optimis momentum pelaburan akan terus meningkat dengan kecekapan sistem MIB,sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh sektor perindustrian negeri.


Anugerah itu menyaksikan syarikat pengurusan fasiliti penjagaan kesihatan,Medivest Sdn Bhd memenangi kategori Anugerah Kecemerlangan Sektor Perkhidmatan manakala syarikat CSC Steel Sdn Bhd pula Anugerah Kecemerlangan Kategori Terbuka.


Selain kedua-dua syarikat berkenaan,turut menerima Anugerah Ketua Menteri untuk Syarikat Tempatan Terbaik dan Syarikat Multinasional Terbaik.