Berita Pelancongan

Laluan alternatif kurangkan kesesakan di lebuh raya PLUS bakal dibina

Nov 6, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Senawang menghala ke Kuala Lumpur sesak sekiranya ada cuti perayaan/BERNAMA

SEREMBAN,5 November - Jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) terutama dari Senawang menuju utara akan dibina pada tahun hadapan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,Kerajaaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan jalan baharu itu yang akan menghubungkan lebuh raya itu dengan laluan Nilai-Labu-Enstek (NLE).

“Kita dimaklumkan akan ada jalan dan Plaza Tol PLUS baharu dengan pembinaannya pada tahun depan. Projek berkenaan akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan lanjut masih dalam perbincangan," kata beliau selepas sidang media Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) di Seremban.

Datuk Seri Aminuddin berharap laluan baharu itu dapat mengurangkan kesesakan trafik dari Senawang ke Kuala Lumpur atau arah utara dengan laluan alternatif sebagai penyuraian segera kesesakan itu.