Berita Pelancongan

Lelaki maut selepas rempuh lori tiga tan

Oct 29, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto hiasan

KAMUNTING,29 Oktober - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah lori tiga tan di Jalan Air Puteh,di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.58 pagi,kereta itu dipercayai melanggar bahagian belakang lori yang sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan jalan di laluan kanan.

Menurut Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak,Shazlean Mohd Hanafiah mangsa,lelaki berusia 38 tahun,tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan hidraulik.

Bagaimanapun,mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi penyelamatan diketuai Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Ridwan Sudin dan tamat sepenuhnya pada pukul 12.05 tengah hari.