Mayat warga emas terjatuh dari Jambatan Panchor ditemukan

Jul 18, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Mayat warga emas terjatuh dari Jambatan Panchor ditemukan dalam keadaan sempurna

TANGKAK,18 Julai – Mayat lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Panchor,di sini semalam,ditemukan pukul 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak,Superintenden Roslan Mohd Talib berkata,pasukan penyelamat menjumpai mayat mangsa kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan telah dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan,hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Semalam,anak mangsa membuat laporan polis selepas mengesyaki bapanya terjatuh dari jambatan tersebut,dengan kereta dan telefon ditinggalkan berhampiran lokasi.