AMM Ke-58: Setiausaha Negara AS tiba di Malaysia, hadiri mesyuarat peringkat tinggi

Jul 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS),Marco Rubio tiba di Malaysia bagi menghadiri mesyuarat peringkat tinggi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan/ Foto BERNAMA

SUBANG,10 Julai - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS),Marco Rubio tiba pagi ini bagi menghadiri mesyuarat peringkat tinggi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang dianjurkan Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN 2025.

Beliau bersama delegasi mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pukul 7.39 pagi.

Ini merupakan lawatan sulung beliau ke Asia sebagai Setiausaha Negara selepas dilantik ke jawatan itu awal tahun ini.

Mereka disambut Setiausaha Bahagian Tugas-Tugas Khas,Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abd Rahman,Duta Besar AS ke Malaysia,Edgard D Kagan dan Kuasa Usaha di Misi AS ke ASEAN,Kate Rebholz.

Menurut Jabatan Negara AS,beliau dijadual menyertai Persidangan Pasca Menteri-Menteri Luar ASEAN-AS,Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan Forum Serantau ASEAN (ARF) yang berlangsung mulai hari ini.

Sementara itu,Menteri Luar Rusia,Sergey Lavrov pula tiba pada pukul 8.27 pagi disambut oleh Setiausaha Bahagian Tugas-Tugas Khas Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abd Rahman dan Duta Besar Rusia ke Malaysia,Naiyl M Latypov.

Beliau turut dijadual menyertai Persidangan Pasca Menteri-Menteri Luar ASEAN-Rusia dan Forum Serantau ASEAN (ARF),bersama rakan dialog utama yang lain.

Lavrov juga dijangka mengadakan perbincangan dua hala dengan beberapa rakan sejawatnya di luar sesi mesyuarat berkenaan.