Berita Pelancongan

Kajian pindaan kuota kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu libat semua pihak

Apr 14, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto Bernama

PUTRAJAYA,13 April – Kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang pindaan terhadap kuota satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan,kata Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau,proses penelitian itu perlu melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta parti-parti komponen dalam kerajaan perpaduan.

“Kita belum meneliti perkara ini secara terperinci kerana penelitian harus dilakukan bersama parti komponen dalam kerajaan. Kita juga perlu duduk berbincang dengan SPR mengenai hal ini.

“Namun apabila tiba masanya yang sesuai,kita juga perlu berbincang bersama ahli-ahli parti termasuk pembangkang. Maka perkara ini harus diteliti dengan sebaiknya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Lebaran Kasih Aidilfitri,di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof,yang sebelum ini mencadangkan agar rundingan berkaitan pindaan kuota kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dilakukan secara bersemuka,khususnya dengan Ahli Parlimen di Semenanjung.