Berita Pelancongan

Koperal polis tertembak diri di pos pengawal, meninggal dunia

Apr 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto fail

GEORGE TOWN,10 April - Anggota polis berpangkat koperal yang dipercayai tertembak kepala sendiri dengan sepucuk pistol dalam kejadian di pos pengawal,Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang,kelmarin disahkan meninggal dunia,petang tadi.

Perkara itu disahka menerusi hantaran di media sosial rasmi PDRM Pulau Pinang.

Koperal A. Francis dari Kem Komandan,Jabatan Pengurusan,Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang disahkan meninggal dunia pada pukul 5.12 petang tadi di General Intensive Care Unit (GICU),Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mendiang sebelum ini mengalami kecederaan serius di bahagian kepala akibat insiden tertembak diri sendiri pada Selasa lepas.

Terdahulu,media melaporkan seorang koperal berusia 58 tahun cedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke HPP untuk rawata lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.