Berita Pelancongan

IPG tidak diberikan untuk pekebun kecil pada Mac 2025

Apr 3, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto fail

KUALA LUMPUR,2 April - Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan bagi pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak bagi bulan Mac 2025.

Ini berikutan harga purata bulanan getah cuplump di ladang telah melebihi RM3 sekilogram.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam satu kenyataan berkata,harga purata bagi getah cuplump pada bulan Mac lalu adalah RM3.80 di Semenanjung,RM3.45 di Sabah dan RM3.40 di Sarawak.

Susulan itu,tiada pembayaran IPG dilakukan bagi bulan berkenaan.

Jelas LGM,IPG itu akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan itu berada pada bawah RM3.

Dalam pada itu,IPG lateks juga akan diberikan apabila IPG getah cuplump diaktifkan,dengan kadar ditetapkan pada RM0.90 sekilogram bagi 100 peratus Kandungan Getah Kering (KGK).