Berita Pelancongan

Perdagangan Malaysia meningkat kepada RM223.9 bilion

Mar 20, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO HIASAN / BERNAMA

KUALA LUMPUR,20 Mac- Perdagangan Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada RM223.9 bilion didorong oleh pertumbuhan eksport dan import.

Jabatan Perangkaan Malaysia,DOSM menerusi kenyataan berkata,prestasi perdagangan Malaysia pada Februari 2025 ini mencerminkan peningkatan permintaan global dan kestabilan ekonomi domestik.

Imbangan dagangan mencatatkan prestasi yang lebih baik,meningkat 12.2 peratus kepada RM12.6 bilion pada Februari 2025.

Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin menekankan,pertumbuhan eksport Malaysia didorong oleh peningkatan dalam eksport domestik dan eksport semula pada tempoh sama.

Selain itu,import berjumlah RM105.6 bilion,meningkat 5.5 peratus atau RM5.5 bilion.

Eksport yang lebih tinggi disumbangkan terutamanya beberapa negara antaranya Amerika Syarikat,Singapura,Hong Kong dan Kesatuan Eropah.

Pertambahan import mengikut Penggunaan Akhir adalah seiring dengan permintaan yang lebih tinggi bagi barangan modal,barangan penggunaan dan barangan perantaraan.