Berita Pelancongan

UPKK: 22,351 calon peroleh semua A

Mar 20, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar / Foto RTM

PUTRAJAYA,20 Mac-Seramai 22,351 daripada 236,986 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024 memperoleh keputusan cemerlang (A) bagi semua sembilan mata pelajaran peperiksaan itu.

Manakala Gred Purata Skor yang merujuk kepada penguasaan pembelajaran meliputi kesemua mata pelajaran adalah lebih baik berbanding tahun 2023 iaitu 1.85 mata.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata terdapat peningkatan dalam semua aspek direkodkan malah jumlah calon tidak hadir yang mencatatkan penurunan 30 peratus sekali gus menunjukkan keyakinan masyarakat dan ibu bapa terhadap kepentingan menduduki peperiksaan itu.

"Usaha kami selama ini berbaloi. Alhamdulillah terima kasih kepada semua yg terlibat terutamanya ibu bapa yang pastinya turut sama-sama bertungkus lumus demi kejayaan anak-anak",katanya pada sidang media sempena pengumuman keputusan itu di sini,hari ini.

Turut hadir,Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Mengulas lanjut,Mohd Na'im berkata,calon yang tidak mendapat sebarang gred A adalah seramai 27,830 orang manakala calon yang mendapat semua D adalah seramai empat orang.