Berita Pelancongan

Simulasi serangan pengganas di Politeknik Ungku Omar, masyarakat diminta tidak khuatir

Mar 18, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

SEREMBAN,17 Mac - Masyarakat tidak perlu khuatir berhubung simulasi serangan pengganas yang diadakan di Politeknik Ungku Omar,tengah hari tadi.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata,pihaknya mengambil maklum mengenai prosedur yang perlu dilihat bagi memastikan supaya semua persiapan dibuat dengan sebaiknya.

Jelas beliau,pihaknya akan mendapatkan laporan lanjut berhubung perkara itu daripada pihak Politeknik Ungku Omar.

"Seperti yang telah dijelaskan ia hanyalah merupakan satu latihan simulasi yang dibuat oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),pihak hospital dan sebagainya bagi kita membuat persiapan sekiranya ada hal-hal yang yang tidak diingini berlaku.

"Namun kita mengambil maklum tentang prosedur-prosedur yang perlu dilihat bagi memastikan supaya semua persiapan dibuat dengan elok," kata Dr Zambry selepas Program Karisma Pemikir Madani Siri 5 di Bandar Enstek Nilai.