Berita Pelancongan

Elak kekeliruan, JAKIM gesa Ainon Mohd turunkan hantaran di Facebook

Mar 18, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO HIASAN

PUTRAJAYA,17 Mac- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan bahawa semua pihak harus mengelakkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan kekeliruan,kegelisahan awam atau mencemarkan kemuliaan Rasulullah S.A.W,sekali gus memastikan keharmonian umat Islam di negara ini terpelihara.

Sehubungan itu,JAKIM menggesa pemilik akaun Facebook,Ainon Mohd,untuk menurunkan kenyataan yang mengaitkan dirinya dengan Nabi Muhammad S.A.W dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan,JAKIM menegaskan bahawa individu terbabit telah dinasihati supaya lebih berhati-hati dalam memuat naik kandungan berkaitan Islam serta merujuk pihak berautoriti bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat.

Teguran itu disampaikan dalam satu pertemuan yang turut disertai pegawai dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.