Berita Pelancongan

Jenazah anak bongsu Baddrol Bakhtiar selamat dikebumikan

Mar 5, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto FB Baddrol Bakhtiar

SUNGAI PETANI,5 Mac- Jenazah anak bongsu pemain bola sepak kebangsaan,Baddrol Bakhtiar yang meninggal dunia pagi tadi,selamat dikebumikan.

Jenazah Muhammad Darwisy,12 bulan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Taman Kelisa Ria,Sungai Petani,tengah hari tadi.

Jenazah Muhammad Darwisy sebelum itu disolatkansendiri bapanya di Masjid Al-Muttaqin Taman Ria.

Terdahulu,Baddrol menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan bahawa allahyarham meninggal dunia di rumah mereka di Sungai Petani,kira-kira pukul 3.15 pagi tadi.

Muhammad Darwisy,yang mempunyai masalah jantung sejak lahir merupakan kembar kepada Dhiya Dinara.

Baddrol dan isteri Nur Izyan Mustafa Khalid,37 tahun mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Dhiya Daniya,4 tahun,dan Dhiya Delisha,9 tahun.