Berita Pelancongan

Mayat lelaki jatuh di muara Sungai Terengganu ditemukan

Feb 28, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Mayat Ahmad Nasaruddin Muhamad,34,dihantar ke Unit Forensik HSNZ untuk proses pengecaman oleh bapa dan isteri mangsa/RTM

KUALA TERENGGANU,27 Februari- Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam muara Sungai Terengganu ketika melakukan kerja-kerja pembersihan kapal pada Rabu lalu ditemukan terapung berhampiran Masjid Kristal di sini pada 9.34 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Azli Mohd Noor mengesahkan mayat berkenaan sebagai Ahmad Nasaruddin Muhamad,34 tahun.

Beliau berkata mayatAhmad Nasaruddin ditemukan oleh seorang pekerja restoran sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk proses pengecaman yang dilakukan oleh bapa dan isteri mangsa.

Bedah siasat dijadualkan esok bagi mengenal pasti punca kematian sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan.

Dalam kejadian kira-kira 10.25 pagi di MSET Pulau Duyong,mangsa yang berasal dari Kuala Kubu Bharu,Selangor dilaporkan terjatuh ke dalam sungai sebelum dibawa arus.

Mayatnya ditemukan kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

BERITA BERKAITAN

Lelaki dikhuatiri lemas ketika bersihkan kapal di Sungai Terengganu