Berita Pelancongan

KWAP catat pendapatan pelaburan tertinggi RM18 bilion pada 2024

Feb 14, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,14 Februari - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan pelaburan tertinggi sebanyak RM18.0 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.

KWAP dalam satu kenyataan berkata,pelaburan domestik menjana pulangan 12.9 peratus manakala portfolio antarabangsa memberikan pulangan sebanyak sembilan peratus.

Pendapatan bersih tertinggi itu hasil daripada ekuiti awam yang menjana jumlah pulangan sebanyak 21.9 peratus dengan ekuiti domestik mencapai 23.2 peratus dan ekuiti antarabangsa memperoleh 16.9 peratus.

Saiz dana KWAP pula meningkat RM15.8 bilion kepada RM185.6 bilion dalam keputusan kewangan tidak diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Ia menunjukkan peningkatan 9.3 peratus daripada RM169.8 bilion pada 2023.

Pengerusinya,Datuk Johan Mahmood Merican berkata prestasi tersebut menggariskan usaha berterusan KWAP untuk memastikan kemampanan kewangan jangka panjang ekosistem pencen.