Berita Pelancongan

Idea signifikan penjawat awam negeri perkukuh kejayaan Sarawak

Feb 12, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Jabatan Premier Sarawak di Kuching / JAPEN Sarawak

KUCHING,12 Februari- Kerajaan Sarawak memerlukan idea yang signifikan dan strategik daripada penjawat awam negeri untuk memperkukuh pelbagai kejayaan yang dinikmati ketika ini.

Premier,Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu,ia penting untuk membolehkan Sarawak mencapai semua visi dan impian yang telah dirancang menjelang 2030.

Beliau mengambil contoh antara kejayaan Sarawak ialah pengambilalihan Pelabuhan Bintulu serta beberapa perkara bawah rundingan Perjanjian Malaysia 1963 seperti bidang kuasa pengurusan alam sekitar.

Justeru,kebijaksanaan kakitangan perkhidmatan awam kini dituntut dalam menguruskan sebaik mungkin Pelabuhan Bintulu dan autonomi yang telah dilunaskan kepada kerajaan Sarawak.

Dalam pada itu,Premier juga mahu kakitangan perkhidmatan awam Sarawak untuk mempersiapkan diri mendepani sebarang cabaran atau permasalahan yang tidak dijangka dengan memberikan respon yang pantas dan sentiasa berusaha mengatasi segala masalah yang dihadapi.

Tan Sri Abang Johari berkata demikian pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Jabatan Premier Sarawak di Kuching.