Berita Pelancongan

MOSTI ketengahkan lima cadangan atasi cabaran Dasar Inovasi Sosial

Feb 12, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Timbalan Menteri MOSTI,Datuk Mohammad Yusof Apdal / Foto RTM

KUALA LUMPUR,12 Februari – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengemukakan lima cadangan bagi mengatasi cabaran pelaksanaan Dasar Inovasi Sosial (DIS) di peringkat komuniti.

Timbalan Menterinya,Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata antara langkah yang akan diambil termasuk mempertingkat program berbentuk jangkauan luar,menyelaras serta memperkemas pemberian insentif,serta menjadikan Yayasan Inovasi Malaysia sebagai hab reka cipta teknologi dan inovasi di peringkat komuniti.

Selain itu,beliau turut menekankan kepentingan menggalakkan inovator untuk mendapatkan Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.

“Inovator yang berpotensi juga akan diberikan bantuan pendedahan berkaitan piawaian global,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Simpang Renggam,Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat,di sini,hari ini.

Langkah tersebut,katanya,selaras dengan aspirasi MOSTI dalam merapatkan jurang ketidaksamarataan sosial dan ekonomi melalui inovasi serta teknologi.