Berita Pelancongan

Gempa bumi lemah dikesan di Kota Marudu

Feb 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR,10 Februari- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini memaklumkan satu gempa bumi lemah berukuran 3.8 magnitud berlaku di Kota Marudu,Sabah pada pukul 10.39 pagi tadi.

METMalaysia memaklumkan bahawa gempa bumi tersebut berlaku pada koordinat 6.3 darjah utara dan 116.8 darjah timur,dengan jarak 27 kilometer (km) di selatan Kota Marudu.

"Gempa bumi yang berlaku pada kedalaman 10 km itu menyebabkan gegaran dirasai di sekitar Kota Marudu,Sabah dan kawasan sekitarnya.

"Susulan kejadian itu,METMalaysia akan terus memantau keadaan di kawasan terbabit," menurut kenyataan tersebut.