Berita Pelancongan

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV

Feb 7, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,7 Februari- Proton hari ini memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) baharunya di Tanjung Malim.

Pelaburan sebanyak RM82 juta itu dijangka akan menghasilkan pelbagai model kenderaan tenaga baharu (NEV) bagi pasaran tempatan dan eksport.

Proton dalam satu kenyataan memaklumkan fasa pertama pelan pemasangan EV syarikat itu disasarkan siap pada akhir 2025,dengan kapasiti pengeluaran awal sebanyak 20,000 unit setahun.

"Setelah siap,ia akan menghasilkan pelbagai model berdasarkan platform Struktur Modular Global (GMA) bermula dengan Proton e.MAS 7,model EV pertama jenama automotif Malaysia.

"Sasaran pengeluaran model EV PROTON di Tanjung Malim ini selaras dengan komitmen syarikat untuk menyokong rancangan perindustrian EV kerajaan," menurut kenyataan itu.

Pelbagai teknologi pembuatan pintar digunakan untuk memastikan produk berkualiti tinggi dihasilkan dengan kecekapan maksimum serta impak minimum kepada alam sekitar.

Upacara pembinaan kilang tersebut turut dihadiri Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad,serta ahli-ahli kerajaan negeri dan exco.