Berita Pelancongan

Wan Azizah sampaikan sumbangan kepada 1,000 pelajar, 24 PIBG

Jan 26, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR,26 Januari- Seramai 1,000 pelajar dari sekolah menengah dan rendah harian dalam kawasan Parlimen Bandar Tun Razak menerima sumbangan beg dan baucer bernilai RM100.

Beg merupakan sumbangan daripada Yayasan MyPrihatin manakala baucar pakaian adalah sumbangan Amanah Iktiar Malaysia,Tenaga Nasional Berhad dan Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak.

Sumbangan itu bagi meringankan bebanan ibu bapa dalam persediaan memasuki sesi persekolahan bagi tahun 2025 yang akan bermula pada 17 Februari 2025.

"Kita mahu pendidikan ini diberikan tumpuan supaya anak-anak terutamanya di Bandar Tun Razak diberikan peluang yang terbaik,jangan menjadi kekangan untuk mereka melambatkan keupayaan mereka,potensi mesti digilapkan.

"Kita cuba terbaik mungkinlah untuk menolong," kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak,Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Program Kembali Ke Sekolah dan Penyerahan Sumbangan Khas Kepada PIBG Sekolah-sekolah di Parlimen Bandar Tun Razak bagi Tahun 2025 di Auditorium,Pusat Latihan DBKL.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah turut menyerahkan penyerahan cek cura bernilai RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membabitkan 24 buah sekolah rendah dan menengah di Parlimen Bandar Tun Razak membabitkan peruntukan berjumlah RM120,000.