Berita Pelancongan

Hujan berterusan (bahaya) dijangka di Pahang & Johor

Jan 12, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Fail

PETALING JAYA,12 Januari- Hujan sangat lebat berterusan kategori bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Pahang dan Johor hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan berkata kawasan yang terlibat di negeri Pahang adalah Rompin dan Johor (Batu Pahat,Kluang,Mersing,Pontian,Kulai,Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Amaran hujan lebat berterusan kategori buruk pula dijangka berlaku beberapa kawasan di negeri Pahang (Maran,Kuantan,Bera dan Pekan) dan Johor (Tangkak,Segamat dan Muar).

Sementara itu,hujan berterusan kategori waspada dijangka berlaku di negeri Kelantan,Terengganu,Pahang,Negeri Sembilan,Melaka dan Sarawak.

"Di Pahang (Tanah Tinggi Cameron,Lipis,Raub,Jerantut,Bentong dan Temerloh),Negeri Sembilan (Kuala Pilah,Jempol dan Tampin),

"Di Sarawak (Kuching,Serian,Samarahan,Sri Aman,Betong,Sarikei,Sibu,Mukah,Kapit (Song dan Kapit) serta Bintulu)",kata METMalaysia dalam kenyataan.