Berita Pelancongan

Samenta gesa kerajaan Kelantan kaji semula keperluan wajib pensijilan halal F&B

Dec 29, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,28 Disember - Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menggesa kerajaan Kelantan mempertimbangkan semula keputusan mewajibkan pensijilan halal dalam kalangan pengusaha makanan dan minuman (F&B) di negeri itu.

Sebaliknya,persatuan itu meminta kerjasama dengan pengusaha F&B untuk mempromosikan pensijilan halal serta dengan pihak berkuasa pensijilan untuk memperkemas dan mengurangkan beban dan kos untuk mendapatkan pensijilan tersebut.

Gesaan itu disuarakan Samenta susulan keputusan kerajaan Kelantan baru-baru ini untuk mewajibkan pensijilan halal dalam kalangan pengusaha F&B di negeri itu,bermula dengan daerah Kota Bharu,sebelum melaksanakannya bagi seluruh negeri.

Dalam satu kenyataann,Presiden Samenta Datuk William Ng berkata,proses pensijilan halal memerlukan kos yang tinggi di samping kos latihan pekerja baharu dan sedia ada.

Katanya,restoran berangkaian mungkin mampu untuk mematuhi peraturan ketat itu,dan mendapat faedah pensijilan halal.

Bagaimanapun,bagi peniaga kecil,ia merupakan satu lagi bebanan kos,dalam persekitaran perniagaan yang sedang mengalami cabaran tekanan kos dan margin keuntungan yang rendah.