Berita Pelancongan

Hujan berterusan, Raub & Lipis kembali dilanda banjir

Dec 25, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto APM Lipis

KUALA LIPIS,25 Disember- Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan Pahang kembali dilanda banjir.

Setakat pukul 2.00 petang,tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Lipis dan Raub.

Menurut Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),seramai 40 penduduk terdiri daripada 13 keluarga ditempatkan ke PPS tersebut.

Penduduk paling ramai dipindahkan di daerah Lipis iaitu di Masjid Kampung Beletik iaitu 23 orang daripada 8 keluarga,diikuti Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit (13 orang daripada 4 keluarga).

Sementara di Raub,seramai empat penduduk daripada satu keluarga berlindung di Balairaya Kampung Tersang.