Berita Pelancongan

Utamakan keselamatan jalan raya, elak tragedi

Dec 25, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR,24 Disember - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat supaya mengutamakan keselamatan jalan raya bagi mengelakkan sebarang tragedi tidak diingini.

Tambah beliau,terlalu banyak kemalangan jalan raya telah berlaku pada tahun ini dengan melibatkan lebih 6,000 kematian.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook,beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 204.0 Lebuh Raya Utara-Selatan semalam.

Belau turut berpesan supaya merancang perjalanan dengan teliti,patuhi undang-undang jalan raya dan sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling.

"Agar pengguna jalan raya berdisiplin dan bertanggungjawablah semasa berada di jalan raya," katanya.