Berita Pelancongan

Pertemuan PM, Prabowo di Langkawi ditangguhkan

Dec 23, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR,23 Disember- Pertemuan antara Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia,Prabowo Subianto di Pulau Langkawi,ditangguhkan.

Jelas Datuk Seri Anwar menerusi hantar di Facebook,Prabowo mohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana demam.

"Namun,malam tadi beliau mohon menangguhkan pertemuan untuk beberapa hari kerana demam.

Mendoakan agar Presiden Prabowo diberi kesembuhan sesegera mungkin sekali gus menyambung rencana pertemuan dua negara," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu,pertemuan bersama bekas Perdana Menteri Thailand,Thaksin Shinawatra dijadualkan pada 26 Disember nanti di lokasi yang sama.

Pertemuan itu bagi membincangkan agenda ASEAN demi kesejahteraan rantau ini.