Berita Pelancongan

Banjir: Pahang catat 1,628 orang, Perak dan Melaka berkurangan

Dec 2, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,1 Disember - Seramai 1,628 penduduk terjejas banjir di Pahang direkodkan setakat pukul 4.00 petang tadi.

Kesemua yang terdiri daripada 533 keluarga itu kini berlindung di 22 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),penduduk paling ramai dipindahkan di daerah Raub iaitu 1,605 orang yang dipindahkan ke 20 PPS.

"Daerah Jerantut dan Lipis mencatatkan pemindahan masing-masing 13 orang yang ditempatkan di sebuah PPS," menurut InfoBencana JKM.

Dalam pada itu,berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),tiga sungai di Pahang kini berada pada paras bahaya.

Ia melibatkan Sungai Lipis di Benta dan dua sungai di Jerantut iaitu Sungai Pahang di Kuala Tembeling serta Sungai Pahang di Jerantut Feri.

Dalam pada itu di Perak,jumlah penduduk terjejas banjir merekodkan sedikit penurunan kepada 588 orang daripada 174 keluarga,setakat pukul 4.00 petang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan,satu PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tasek Ipoh telah ditutup,menjadikan tujuh PPS masih lagi beroperasi melibatkan empat daerah.

"PPS PPS Dewan SK Twa di daerah Kinta menempatkan jumlah penduduk paling ramai terjejas banjir iaitu 173 orang daripada 53 keluarga.

"Manakala PPS Dewan Bandaran Kinta menempatkan 170 penduduk daripada 47 keluarga," menurut jawatankuasa itu.

Sementara itu,di daerah Hilir Perak,seramai 89 penduduk daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.

"Daerah Kampar seramai 68 penduduk daripada 25 keluarga berlindung di PPS SK Kota Baharu.

"52 penduduk daripada 13 keluarga pula ditempatkan di PPS SK Matang Gelugor di daerah Larut Matang dan Selama," kata jawatankuasa itu.

Di Melaka,Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan bilangan penduduk terjejas banjir turut mencatatkan penurunan.

Setakat ini 167 penduduk daripada 44 buah keluarga ditempatkan di tiga PPS.

Daerah Jasin,seramai 94 penduduk daripada 24 keluarga di tempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dan 66 penduduk daripada 18 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat.

Manakala di Alor Gajah seramai enam penduduk daripada dua keluarga ditempatkan di Japerun Durian Tunggal.