Berita Pelancongan

RM100 juta hingga RM200 juta jualan disasar pada Ekspo Kayu Malaysia 2025

Nov 26, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Chan Foong Hin

KUALA LUMPUR,25 November - Majlis Kayu-Kayan Malaysia menyasarkan jualan RM100 juta hingga RM200 juta pada Ekspo Kayu Malaysia 2025 (MWE).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Chan Foong Hin berkata,pihaknya akan memberi fokus kepada peningkatan kualiti dan pematuhan terhadap kelestarianbagi mencapai sasaran tersebut.

"Kita perlu bersaing berdasarkan kualiti dan kelestarian.Dengan gabungan kedua-dua elemen ini,saya percaya,kita boleh meletakkan produk kita dalam kategori premium.

"Walaupun jumlah jualan mungkin serupa,nilai hasil yang diperoleh dapat meningkat," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran Ekspo Kayu Malaysia 2025 di ibu negara.

Ekspo itu akan diadakan pada 10 hingga 12 November tahun depan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Pada dua edisi terdahulu,MWE berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM320.78 juta.

Bagi tahun 2025,acara berkenaan akan mempamerkan teknologi terkini dalam sektor kayu dan peralatan pemprosesan kayu selain,inisiatif kelestarian bagi menyokong industri secara mampan.