Berita Pelancongan

Malaysia-Korea Selatan perkukuh hubungan lebih strategik, komprehensif

Nov 25, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalam dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dalam lawatan rasmi ke Korea Selatan hari ini/Foto BERNAMA

SEOUL,25 November - Hubungan Malaysia dan Korea Selatan terus diperkukuh ke tahap lebih strategik dan komprehensif menerusi kerjasama dalam segenap aspek termasuk pelaburan dan perdagangan.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mesyuarat dua hala bersama Presiden Yoon Suk Yeol di Pejabat Presiden Yongsan,di sini hari ini.

Beliau berkata,republik berkenaan banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia sepanjang 65 tahun hubungan diplomatik terjalin.

Kedua-dua pemimpin yang diiringi beberapa menteri,mengadakan mesyuarat dua hala bermula pada pukul 11.10 pagi waktu tempatan (10.10 pagi waktu Malaysia).

Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira sejam.

Mereka membincangkan pencapaian serta kemajuan kedua-dua negara serta masa depan hubungan tersebut.

Anwar yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Korea Selatan turut menyaksikan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU).

Antaranya,kerjasama dalam Bidang Pendidikan Tinggi,Kerjasama dalam Bidang Pemerangkapan danPenyimpanan Karbon,serta Kerjasama di bawah Pendekatan Bersepadu mengikut Artikel 6,Perenggan 2 Perjanjian Paris.

Perdana Menteri diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan,Perdagangan,dan Industri,Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz; Menteri Sains,Teknologi,dan Inovasi Chang Lih Kang; Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang,serta pegawai kanan kerajaan.