Berita Pelancongan

Stok bekalan makanan, beras mencukupi hingga tempoh 6 bulan

Oct 21, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,21 Oktober - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bahawa bekalan beras negara mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat dalam tempoh 5 hingga 6 bulan akan datang.

Menterinya,Datuk Seri Mohamad Sabu,berkata setakat bulan ini,jumlah keseluruhan stok beras,termasuk stok simpanan strategik,mencapai 1.1 juta tan metrik,memastikan kestabilan bekalan makanan rujinya terjamin.

"Makanan ruji masyarakat kita masih lagi beras. Sebab itu,bila kita lihat ketidakcukupan daging tidak begitu dibisingkan oleh rakyat kerana ada alternatif lain.

"Tapi beras,tidak boleh – sebab itu masalah beras ini serius. Dalam keadaan kecemasan,setakat ini kita jamin bekalan makanan ada kerana hubungan kita dengan negara-negara pembekal sentiasa baik dan memenuhi kehendak bila diperlukan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik) mengenai rancangan segera kementerian dalam memastikan bekalan sumber makanan negara terjamin.

Mengulas lanjut,Mohamad berkata,KPKM juga melaksanakan rancangan segera untuk meningkatkan makanan yang berada pada Kadar Sara Diri (SSR) rendah.

Katanya,bagi memastikan keperluan bekalan beras negara mencukupi,KPKM telah mengenal pasti beberapa negara sumber utama,termasuk Thailand,Vietnam,Pakistan,dan Myanmar.

Selain itu,KPKM juga melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan ketersediaan dan kecukupan makanan,terutamanya bagi komoditi terpilih,bagi memenuhi keperluan rakyat.