Berita Pelancongan

Sijil Halal: Sentimen semua pihak perlu dijaga - PM

Sep 8, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

SEREMBAN,8 September- Sentimen masyarakat Islam dan bukan Islam perlu dijaga,selain menggunakan pendekatan runding.

Itu maklum balas Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataanAhli Parlimen Seputeh,Teresa Kokyang menyatakan cadangan mewajibkan sijil halal akan menambah beban peniaga dan memalukan negara.

Jelas Anwar,kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mana-mana pihak sekiranya ia tidak mempunyai keperluan sebaliknya hanya menimbulkan kontroversi.

"Jika tidak perlu kalau ia tak membantu,jernihkan keadaan.. kita kena jaga sentimen orang Islam dan bukan Islam.. cara runding perlu betul dan bukan mahu menunjukkan kehebatanmasing-masing," katanya selepas merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat Seremban (Arah selatan).

BERITA BERKAITAN:

Isu sijil halal akan diselesaikan cara baik - Fahmi