Berita Pelancongan

Buaya di Tasik Seksyen 7, MBSA ambil langkah keselamatan

Sep 3, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Tangkap layar,video tular memaparkan seekor buaya di Taman Tasik,Seksyen 7,Shah Alam. - Facebook

SHAH ALAM,3 September -Orang ramai dinasihat tidak berkunjung dan beriadah di Taman Tasik,Seksyen 7 bagi tujuan keselamatan,susulan kemunculan seekor buaya di kawasan tersebut.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),dalam satu kenyataan memaklumkan,pihaknya telah mengambil tindakan lanjut dengan memasang tali penghadang dan papan tanda amaran di sekitar tasik berkenaan.

Perkara itu dibuat selepas pihak MBSA mengadakan perbincangan bersama dengan Jabatan Perhilitan Selangor tentang langkah-langkah keselamatanyang sewajarnya diambil.

MBSA turut menempatkan Pasukan PANTAS,bagi tujuan pemantauan dari masa ke masa.

Terdahulu,tular di laman Facebook seekor buaya ditemukan di kawasan tasik itu oleh orang ramai.