Berita Pelancongan

NS FEST 2024 sasar lebih RM5 juta jualan produk usahawan

Jul 27, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun/Foto RTM

SEREMBAN,27 Julai-Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan lebih RM5 juta untuk penjualan hasil jualan produk usahawan di Negeri Sembilan Festival (NS FEST) 2024 berbanding RM2.3 juta tahun lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun berkata tahun ini kesemua usahawan negeri,memberikan komitmen yang tinggi sepanjang lapan hari penganjuran NS FEST 2024 berlangung susulan sambutan yang menggalakan pada edisi 2023.

"Sasaran kita dua kali ganda untuk semua masyarakat merasa hasil keluaran mereka bagi menjadi usahawan baik memperbaiki kualiti dan percaya kepada mereka (peniaga)",katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan mesra di reruai NS Fest di sini.

Aminuddin turut terkejut dengan sambutan yang diberikan pengunjung terhadap program berkenaan dan yakin sasaran pengunjung seramai 700,000 orang mampu dicapai sebelum berakhirnya NS FEST 2024 nanti.

Negeri Sembilan Festival (NS FEST) 2024 yang berlangsung hari ini sehingga 3 Ogos di Dataran Nilai melibatkan kira-kira 250 reruai merangkumi reruai usahawan dan pameran dari kluster Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN NS),Arena Usahawan,Jabatan,Agensi Negeri dan Persekutuan dan NS Food Festival.

Turut memeriahkan program adalah Perpatih Fest dan pameran Suruhanjaya Koperasi Malaysia.