Berita Pelancongan

Jangan panik, insiden balai polis di Pontian diserang seperti tular di media sosial adalah latihan- M.Kumar

Jul 27, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Tangkap layar video tular berdurasi 13 saat menunjukkan sekumpulan lelaki menyerang Balai Polis Pekan Nenas di Pontian,Johor

PONTIAN,27 Julai- Insiden sekumpulan lelaki menyerang Balai Polis Pekan Nenas di Pontian,Johor,seperti tular di media sosial baru-baru ini,adalah sebahagian daripada Latihan Amal Simulasi Gemparan Am yang dijalankan Polis Johor,bermula dua Julai lalu,hingga 5 Ogos hadapan.

Ketua Polis Johor,CP M.Kumar berkata,simulasi dijalankan untuk meningkatkan keberkesanan perancangan dan tindakan dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan serta ketenteraman awam.

Inisiatif itu secara tidak langsung,dapat melatih pegawai dan anggota polis untuk sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi situasi krisis.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak panik dan tidak terpengaruh dengan khabar angin berkaitan video latihan amal tersebut,yang ditularkan di media sosial.

Terdahulu,sebuah video berdurasi 13 saat tular di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki menyerang Balai Polis Pekan Nenas di Pontian,pada Khamis lalu.