Berita Pelancongan

MARA Perlis perkasa usahawan wanita dalam pelbagai bidang

Jul 18, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO MARA PERLIS

KANGAR,18 Julai- Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Perlis menyediakan peruntukan sebanyak sebanyak RM12.6 juta pembiayaan perniagaan untuk memperkasakan usahawan di Perlis dalam pelbagai sektor.

Peruntukan berkenaan dimanfaat oleh usahawan dalam pelbagai bidang termasuklah makanan dan minuman,automotif,terapi kecantikan dan pelbagai bidang lain di Perlis

Menurut Pengarah MARA Negeri,Mohd Azam Jamaluddin,peruntukan yang disediakan ini menerusi Skim Pembiayaan Dananita merupakan skim yang ditawarkan khas untuk usahawan wanita untuk memperkembangkan perniagaan.

Beliau berkata,selain itu terdapat juga geran perniagaan meliputi latihan dan kursus,pensijilan,peningkatan teknologi dan pendigitalan perniagaan bernilai RM1.1 juta telah diberikan kepada usahawan wanita negeri Perlis.

“Dalam era globalisasi ini,golongan wanita semakin giat menceburkan diri dalam dunia keusahawanan dan telah berjaya dalam bidang perniagaan yang sesungguhnya merupakan perkembangan positif dalam memberikan peluang untuk menjana pendapatan yang lumayan,"katanya.

MARA Perlis berharap agar cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan dijadikan motivasi bagi meningkatkan potensi dan kebolehan kaum wanita yang telah membuktikan bahawa perniagaan dalam dunia global hari ini mampu diterokai dan ditangani oleh kaum wanita dengan jayanya.

FOTO MARA PERLIS