Penganalisis Hubungan Antarabangsa,Dr. Zokhri Idris
KUALA LUMPUR,12 Julai - Tindakan JP Morgan menyemak naik penarafan terhadap Malaysia dan pengiktirafan Majalah Forbes terhadap pelaburan negara,memberi signal jelas usaha dilakukan kerajaan berada pada landasan betul.
Penganalisis Hubungan Antarabangsa,Dr. Zokhri Idris berkata pengiktirafan itu menandakan pembaharuan ekonomi dalam negara berjalan seiring dengan hasrat Kerangka Ekonomi MADANI.
"Ini sebenarnya yang akan menarik pelabur luar dan juga industri-industri utama di luar negara untuk melihat potensi Malaysia dalam aspek pelaburan dan juga perkembangan syarikat mereka dan juga pemindahan teknologi dan kepakaran.
"Keduanya,kita lihat indikator-indikator ini membawa satu langkah yang baharu,menunjukkan bahawa Malaysia masih komited dalam menjdkan negara kita sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi," katanya ketika dihubungi RTM.
Tambah Dr. Zokhri,pengiktirafan di peringkat global ini memberikan petanda keyakinan dan menjadikan reputasi negara di peringkat antarabangsa semakin baik dan positif.