Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar
BANGI,13 Julai - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar menegaskan komitmen beliau dalam mempertahankan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi serta dalam dasar pendidikan negara tidak perlu dipertikaikan.
Bagaimanapun jelasnya,penekanan khusus perlu diberi kepada penguasaan Bahasa Inggeris ke arah transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) negara.
Kerangka bagi mempertingkat penguasaan Bahasa Inggeris juga akan disegerakan dalam usaha mencapai hasrat tersebut.
"Untuk melonjakkan ekonomi dan pertumbuhan negara,kita perlu memberi penekanan khusus Bahasa Inggeris. Ini tempoh globalisasi,pendigitalan peralihan tenaga dan transformasi digital AI,juga kepentingan anak-anak kita.
"Maka penguasaan Bahasa Inggeris itu harus jauh lebih baik daripada sekarang arahan saya dalam petikan saya tidak mahu lewat dan lambatkan hal ini. Mesti ada kerangka cepat dan segera untuk tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris supaya negara ini dapat bersaing dengan mana-mana negara yang lain," kata Anwar.
Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan,di sini.
Perdana Menteri turut menyatakan peluang dan ruang sebaiknya turut diberi bagi keperluan untuk mengembangkan bahasa Cina,Tamil dan Arab.