Berita Pelancongan

Empat cedera, ambulans terbabas dalam parit

Jul 9, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto: FB JBPM

IPOH,9 Julai- Empat individu termasuk seorang lelaki warga emas cedera selepas ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dinaiki mereka terbabas ke dalam parit berdekatan Jalan Tol Kamunting,Taiping di sini,hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,Sabarodzi Nor Ahmad berkata kejadian pada 3.30 pagi itu melibatkan pesakit lelaki berusia 68 tahun serta dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan petugas KKM berusia lingkungan usia 20 hingga 57 tahun.

“Lelaki warga emas dan wanita berkenaan mengalami kecederaan parah manakala dua lelaki pula hanya cedera ringan.

“Warga emas itu adalah pesakit yang dibawa menaiki ambulans dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping bagi pemeriksaan kesihatan. Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Hospital Parit Buntar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan segera.

Sabarodzi berkata operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.20 pagi.