Berita Pelancongan

600 pengamal media terima manfaat PERKESO, sejak 1 Julai

Jul 4, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil/ BERNAMA

PUTRAJAYA,3 Jun- Kira-kira 600 pengamal media bertaraf sambilan atau 'stringer' dan 'piecemeal' mendapat manfaat Perlindungan Keselamatan Sosial (PERKESO),berkuat kuasa 1 Julai 2024.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap dengan adanya perlindungan PERKESO,pengamal media dapat menjalankan tugas dengan dengan tenang.

"Harapan saya dengan adanya perlindungan PERKESO ini bagi 'stringer' dan 'piecemeal' mereka akan dapat bekerja dengan tanpa rasa risau dan setidak-tidaknya ada perlindungan asas,sekiranya sebarang kejadian berlaku,ada perlindungan sosial untuk mereka.

"Insya-Allah,kita sedang teliti beberapa perkara termasuk juga dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tingkatkan manfaat yang boleh dinikmati oleh para pengamal media.

"... dan perkara ini telah saya sampaikan kepada beberapa agensi bawah Kementerian Komunikasi untuk kita teliti dan apakah cara yang terbaik,mekanisme untuk kita laksanakan",katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi seorang Jurukamera Malaysia Gazzette yang terlibat kemalangan baru-baru ini.

Fahmi turut menyampaikan sumbangan mewakili Tabung Kasih @HAWANA ketika pertemuan tersebut.

Mohd Airulrezal Amirudin 42,mengalami patah tulang bahu,tulang belakang dan luka pada anggota badan yang lain selepas dilanggar oleh sebuah kereta semasa dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki motosikal.

Beliau adalah antara 111 rakan media yang menerima manfaat daripada Tabung Kasih @HAWANA sejak inisiatif itu diperkenalkan pada April tahun lalu.