Foto Fail
KUALA LUMPUR,1 Julai- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives kekal tidak diniagakan pada tengah hari ini.
Kontrak Julai 2024,Ogos 2024,September 2024 dan Disember 2024 masing-masing berada pada 96.45.
Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing kekal sifar.
Pada penetapan pada pukul 11.00 pagi,kadar asas KLIBOR tiga bulan berada pada 3.59 peratus di pasaran tunai. - BERNAMA