Dewan Rakyat lulus RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024

Jun 27, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke

KUALA LUMPUR,26 Jun- Dewan Rakyat meluluskan pembubaran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang ditubuhkan lapan tahun lepas.

Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 itu diluluskan menerusi undian suara selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Menteri Pengangkutan,Anthony Loke.

Terdahulu,persidangan melaksanakan undian belah bahagian terhadap RUU itu di peringkat jawatankuasa dan ia diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengumumkan,93 ahli Dewan Rakyat bersetuju manakala 63 tidak bersetuju dan 66 tidak hadir.

RUU itu bertujuan untuk memansuhkan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771) dan membubarkan MAVCOM.

Seterusnya,memindahkan segala fungsinya kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).