Dr Tay Ah Lek
KUALA LUMPUR,21 Jun- Public Bank berjaya menyekat lebih 3 juta transaksi mencurigakan yang menjurus kepada aktiviti penipuan atau 'scam' dalam talian,setakat akhir Mei lepas.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekskutifnya,Tan Sri Dr Tay Ah Lek berkata,aktiviti itu dikesan menerusi pangkalan data 'Akaun Mule Disenarai Hitam' yang dikendalikan oleh bank berkenaan.
AkaunKeldai atau 'Akaun Mule' adalah individu yang berfungsi sebagai perantara bagi penjenayah dan organisasi jenayah.
Tambah Ah Lek,sejak tempoh 'bertenang urus niaga' diperkenalkan,lebih 400 urus niaga pelanggan bernilai RM2 juta berjaya dihalang daripada ditipu
"3.2 juta transaksi mencurigakan berjumlah kira-kira RM1.6 bilion telah dihalang melibatkan satu juta akaun pelanggan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PB Scam Rangers di sini.
PB Scam Rangers diperkenalkan bagi mengukuhkan usaha pencegahan penipuan.
Ia yang ditempatkan di beberapa cawangan Public Bank terpilih turut akan menjelajah ke serata negara untuk meningkatkan kesedaran dan berkongsi trend 'scam' terkini.