Berita Pelancongan

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

Jun 20, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,19 Jun- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu,menjejaki harga minyak mentah yang menjadi penanda aras dan pasaran niaga hadapan getah serantau,kata peniaga.

Beliau berkata harga minyak mentah bercampur-campur hari ini berikutan kebimbangan mengenai konflik yang meningkat di Eropah dan Timur Tengah yang mengimbangi kebimbangan mengenai permintaan susulan peningkatan yang tidak dijangka dalam inventori minyak Amerika Syarikat (AS).

“Bagaimanapun,penurunan seterusnya dikekang berikutan peniaga meneliti unjuran prospek permintaan getah asli global yang meningkat oleh Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli dan kebimbangan mengenai bekalan getah yang terhad berikutan pengeluar utama Thailand mengunjurkan cuaca buruk dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sentimen pasaran disokong oleh jangkaan yang diperkukuh mengenai penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan berikutan data ekonomi AS yang lemah.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot tiga sen kepada 804 sen sekilogram manakala susu getah pukal kekal tidak berubah pada 792 sen sekilogram.

Pada 5 petang,harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 802 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 789.5 sen sekilogram.- BERNAMA