Berita bertemu

Tiga maut selepas formasi batu runtuh di Cappadocia

Oct 30, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

CAPPADOCIA,30 Oktober – Tiga individu termasuk seorang warga asing maut selepas formasi batu runtuh akibat pergerakan tanah susulan hujan lebat di Cappadocia,Turkiye,semalam.

RINGKASAN BERITA AI

−

“Setakat ini,semua operasi kami telah selesai. Kami sudah melengkapkan semua pemeriksaan dan penilaian.

“Pasukan kami telah ditarik keluar selepas mendapati tiada lagi keperluan untuk meneruskan operasi pada peringkat ini,” kata Kok.

Siasatan oleh pejabat ketua pendakwa raya bersama penilaian pakar dijadual bermula hari ini.

Cappadocia yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO terkenal dengan formasi batu berbentuk kon dikenali sebagai “cerobong dongeng”,terbentuk hasil aktiviti gunung berapi purba.

Pada 2024,satu lagi kejadian runtuhan batu dilaporkan di wilayah itu namun tiada kecederaan direkodkan.

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turkiye sebelum ini melaksanakan kerja pemulihan bagi memelihara formasi batu berkenaan daripada kerosakan akibat perubahan iklim,hakisan semula jadi dan aktiviti manusia.

Taman Negara Goreme dan tapak batu Cappadocia disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 1985.

Wilayah itu turut terkenal dengan kota bawah tanah,gereja Kristian awal serta aktiviti belon udara panas.

Kira-kira 4.5 juta pelancong domestik serta antarabangsa berkunjung ke wilayah itu pada 2025 – AFP